Thursday, 5 May 2016

PENGERTIAN ZIHAR



Zihar diambil daripada perkataan al-Zahru, dari segi bahasa pula bermaksud "belakang". Zihar adalah apabila suami berkata kepada Isterinya, "Bagiku engkau seperti belakang ibuku"

Zihar pada istilah pula bermaksud seorang suami menyamakan isterinya dari sudut pengharaman dengan seseorang daripada mahramnya seperti ibu, adik beradik perempuannya. Orang Arab pada zaman jahiliyah mengganggap zihar sebagai satu daripada talaq. Tetapi islam memberikannya satu tanggapan lain dan menentukan beberapa hukum yang lain selain Talaq.

HUKUM ZIHAR

Zihar adalah Haram dan satu daripada dosa besar. Allah menamakannya dusta atau mungkar.

LAFAZ ZIHAR

Lafaz Zihar terbahagi kepada dua iaitu:

i. Lafaz Zihar nyata ialah lafaz yang tidak membawa makna lain selain Zihar.

   Contoh:
    suami berkata kepada isterinya, "bagiku engkau seperti belakang ibuku, atau padaku engkau seperti belakang ibuku"

Apabila seorang suami berkata sedemikian, dia telah menziharkan isterinya, sama ada dengan niat atau tidak selagi dia mempunyai syarat sah talaq iaitu cerdik, berakal serta sedar makna ucapanya.

ii. Lafaz zihar kiasan ialah lafaz yang boleh diandaikan membawa makna zihar dan bukan zihar.

    Contoh:
    Suami berkata kepada isterinya, "bagiku engkau seperti ibu dan adik beradik perempuanku atau, padaku engkau seumpama emak dan adik perempuanku".

Apabila seorang suami berkata sedemikian, maka makna ungkapan tersebut adalah menurut yang dimaksudkannya. Ia adalah zihar jika suami yang mengungkapkannya bermaksud sedemikian.

Sebaliknya pula, jika suami bertujuan menyamakan isterinya dengan ibu dan adik beradik perempuannya dari sudut kemuliaan dan penghormatan maka ia tidak dianggap zihar.

[Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, Ali Al-Sharbaji. 2007. Manhaj Fiqh Al-Shafi'i. terj. Ustazah Rashidah Binti Adam, Al-Fadhil Ustaz Shaifudin Bin Maulup. Jil.4.Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Hlm. 301-303]







2 comments:

  1. Review of the Bet365 casino site - Lucky Club
    When you want to place a bet on the latest football and tennis luckyclub matches from the comfort of your own home in your home, you have come to the right place.

    ReplyDelete
  2. Casino Slot Machines and Video Poker at Mapyro
    Find Casino 김포 출장마사지 Slot Machines and Video 부천 출장샵 Poker at Mapyro. Play Slots, 경주 출장안마 Blackjack, Roulette and 김천 출장마사지 Video 영주 출장안마 Poker at Mapyro!

    ReplyDelete